Sunday, May 25, 2008

Dalam Munajat..


Kupinta pada Dia..
tunjukkan segalanya agar aku bisa melihat dunia nyata
agar dia mengilhamkan aku dengan seribu kata jiwa
kata yang mengingatkan aku
tentang tanggungjawab yang luar biasa
tidak mudah, tapi perlu juga..

Kupinta pada Dia..
tunjukkan jalan kebenaran
meniti jiwa seorang insan biasa yang masih memerlukan
memerlukan kasihNya tatkala hati merayu
agar hati ini merasakan kehadiranNya
dalam setiap detik keputusan..

Thursday, May 22, 2008

Dunia Yg Fana..


Dunia laksana bunga yang keindahannya segera sirna
Ia juga laksana embun pagi yang cepat lupus

Dunia ini
Kebahagian bercampur kesedihan
Kesihatan disertai kesakitan
Yang halal akan dipertangungjawabkan
Yang haram akhirnya di neraka
Cahaya di dunia diikuti kegelapan
Kenikmatan nafsu lazimnya disertai dosa.

Dunia ini
Tempat bertemu yang hujungnya perpisahan
Keindahannya tidak lebih sekadar penampilan
Kenikmatan hidup di dalamnya berbaur dengan keruhnya kemaksiatan
Kemakmuran di dalamnya berakhir dengan kemiskinan
Kekuasaan di dunia cepat runtuh atas racun nafsu yang mematikan,

Akhirnya pesona dunia tidak lebih dari fatamorgana
Dan Akhirat itulah yang kekal..

Saturday, May 3, 2008

Pesanan Rasulullah..


Rasulullah berpesan kepada Aisyah ra :

"Ya Aisyah janganlah engkau tidur sebelum melakukan empat perkara, iaitu :

1. Sebelum khatam Al Qur'an,

2. Sebelum membuat para nabi memberimu syafaat di hari akhir,

3. Sebelum para muslimin meredhai kamu,

4. Sebelum kau laksanakan haji dan umrah....


"Bertanya Aisyah :

"Ya Rasulullah.... Bagaimana dapat aku melaksanakan empat perkara dalam waktu yang singkat?"

Rasul tersenyum lalu berkata :

"Jika engkau tidur bacalah : Al Ikhlas tiga kali ia seakan-akan kau mengkhatamkan Al Quran.

Bacalah selawat untukku dan para nabi sebelum aku, maka kami semua akan memberi syafaat di hari kiamat.

Beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meredhai kamu.

Dan,

Perbanyaklah bertasbih, bertahmid, bertahlil, bertakbir maka seakan-akan kamu telah melaksanakan ibadah haji dan umrah.

Monday, April 7, 2008

Tidur..

Seseorang yang tidur 3-4 jam kurang daripada kadar tidurnya yang biasa, akan mudah mengalami tekanan perasaan atau stress dan akan mudah dijangkiti penyakit, disebabkan oleh sistem pertahanannya yang menjadi lemah.

(Rujukan: Lancet: 'Impact of Sleep on Metabolic & Endocrine Function,1999)

Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan dari Aisyah bahawa Nabi Muhammad saw telah bersabda:

"Jika salah seorang di antara kamu berasa mengantuk, hendaklah kamu tidur sehingga hilang rasa mengantuknya. Jika seseorang bersembahyang ketika mengantuk berkemungkinan dia membaca istighfar sedangkan sebenarnya dia sedang mencaci dirinya sendiri."


Tidur Dan Kerehatan Yang Berpatutan Adalah Ibadah

Islam adalah satu agama yang seimbang. Ia mementingkan tidur dan kerehatan agar ibadah dan aktiviti akan dapat dilakukan dengan baik. Dalam sebuah hadis disebutkan tentang kisah Abu Darda' yang, di antaranya, tidak mahu tidur malam kerana ingin melakukan ibadah. Salman, sahabatnya telah menegurnya dengan berkata:

"Tuhanmu ada hak ke atasmu, badanmu ada hak ke atasmu dan isterimu ada hak ke atasmu. Berikan kepada semua ini haknya."

Ketika Rasullullah mendengar perkataan Salman, baginda berkata:

"Benarlah Salman."

(Hadis Bukhari)

Islam tidak hanya menyuruh seseorang itu tidur, malah menekankan bahawa ia adalah hak badan yang perlu ditunaikan. Dalam hadis yang lain diceritakan bahawa Baginda Nabi telah memasuki masjid dan ternampak seutas tali yang merentangi dua tiang. Selepas bertanya, baginda diberitahu bahawa tali itu adalah kepunyaan Zainab agar dia dapat berpaut kepadanya ketika keletihan melakukan sembahyang. Nabi pun terus mengeluarkan arahan:

"Buka tali ini! Hendaklah salah seorang di antara kamu bersembahyang ketika dirinya cergas, dan ketika sudah mengantuk hendaklah tidur."

(Hadis Bukhari Muslim)


Sunnah Tidur Tengahari

Tidur siang pernah dianggap sebagai salah satu tanda kemalasan. Islam menganggapnya sebagai suatu kebaikan asalkan seseorang itu tidak berlebih-lebihan dengannya. Di dalam kitab 'Misykatul Masabih' disebutkan tentang salah satu amalan sunnah yang pernah dilakukan oleh Nabi:

"Tidur yang sedikit di waktu tengahari tidaklah keji. Rasulullah ada melakukannya."

Imam Al Ghazali di dalam kitab 'Ihya Ulumuddin' telah berkata:

"Hendaklah seseorang tidak meninggalkan tidur sebentar di siang hari kerana ianya membantu ibadah di malam hari sebagimana sahur membantu puasa di siang hari. Sebaik-baiknya ialah bangun sebelum gelincir matahari untuk solat zohor."

Islam mempunyai pandangan tertentu tentang tidur tengahari. Ia dianggap sebagai sunnah dan bukan sebagai suatu yang keji.

Sekian,untuk d'kongsi.Wallahuallam.

Thursday, April 3, 2008

Office Rules..

Dear Staff,

Please be advised that there are NEW rules and regulations implemented to raise the efficiency of our company.

a. TRANSPORTATION :

It is advised that you come to work driving a car according to your salary.

If we see you driving a Honda, we assume you are doing well financially and therefore you do not need a raise.
If you drive a 10 years old car or taking public transportation, we assume that you must have lots of savings & money therefore you do not need a raise.
If you drive a proton, you are right where you need to be and therefore you do not need a raise too...

b. ANNUAL LEAVE :

Each employee will receive 104 Annual Leave days a year.They are called Saturdays & Sundays.

c. LUNCH BREAK :

Skinny people get 30 minutes for lunch as they need to eat more so that they can look healthy.
Normal size people get 15 minutes for lunch to get a balanced meal to maintain their average figure.
Fat people get 5 minutes for lunch, because that's all the time needed to drink a Slim Fast and take a diet pill.

d. SICK DAYS :

We will no longer accept a doctor's MC as proof of sickness.
NO. If you are able to go to the doctor, you are able to come to work.

e. TOILET USE :

Entirely too much time is being spent in the toilets.
There is now a strict 3-minute time limit in the cubicles. At the end of three minutes, an alarm will sound, the toilet paper roll will retract, the door will open and a picture will be taken.
After your second offence, your picture will be posted on the company bulletin board under the "Chronic Offenders" category.

f. SURGERY :

As long as you are an employee here, you need all your organs. You should not consider removing anything. We hired you intact. To have something removed constitutes a breach of employment.

g. INTERNET USAGE :

All personal internet usage will be recorded and charges will be deducted from your bonus (if any) and if we decide not to give you any, charges will be deducted from your salary. (note: RM2.00 per minute)

p/s: Just for the record, 73% of the staff will not be entitle for any salary for the next 3 months as their internet charges has exceeded their 3 months salary.

Thank you for your loyalty to our company. We are here to provide a positive employment experience. Therefore, all questions, comments, concerns, complaints, frustrations, irritations, aggravations, insinuations, allegations, accusations, contemplation, consternation and input should be directed elsewhere.

The Director

Thursday, March 27, 2008

Perjalanan Hidup

Aku yang masih di perjalanan hidup ini
Begitu lama berlegar di persimpangan dunia
Menempuh jarak dan titian
Rimba dan lautan
Mencari sesuatu yang abadi

Aku yang masih di perhentian hidup ini
Begitu jauh mengembara ke serata dunia
Mengejar siang dan malam
Surut dan pasang
Mencari suatu kebebasan
Mencari satu kedamaian

Di mana berakhirnya
Perjalananku ini
Esok dan lusa bukan milikku

Oh Tuhanku
Lindungilah hambamu yang hina ini
Aku setia hanya pada Mu

Lirik lagu:Ramli Sarip


Saturday, March 22, 2008

DiMana..

Ya Allah..
Dimana lagikah dapat ku temui cinta sejati..
kecuali pada cinta Mu..
Ke mana lagikah hati ini harus berlabuh..
kecuali pada kasih Mu..
Jadikanlah hati yg lemah ini Ya Allah..
tertambat kukuh hanya pada Mu..

Ya Allah..
Aku mohon redha atas segenap keputusanku..
kerehatan­ setelah matiku..
kenikmatan memandang wajah Mu..
dan kerinduan untuk berjumpa dengan Mu..
Ampunilah diri ini yang tidak berharga Ya Allah..
Penuhilah kehinaannya dengan keindahan maghfirah
Mu..

Tuesday, March 18, 2008

Pesanan Roh..

Apabila roh keluar dari jasad, ia akan berkata-kata dan seluruh isi alam sama ada di langit atau bumi akan mendengarnya kecuali jin dan manusia.

Apabila mayat dimandikan, lalu roh berkata : "Wahai orang yang memandikan, aku minta kepadamu kerana Allah untuk melepaskan pakaianku dengan perlahan sebab pada saat ini aku beristirahat daripada seretan malaikat maut".

Selepas itu, mayat pula bersuara sambil merayu : "Wahai orang yang memandikan, janganlah engkau menuangkan air dalam keadaan panas atau air yang dingin kerana tubuhku terbakar apabila terlepasnya roh dari tubuh".

Apabila dimandikan, roh sekali lagi merayu : "Demi Allah, wahai orang yang memandikan jangan engkau menggosok aku dengan kuat sebab tubuhku luka-luka dengan keluarnya roh" .


Setelah dimandi dan dikafankan, telapak kaki mayat diikat dan ia pun memanggil-manggil dan berpesan lagi supaya jangan diikat terlalu kuat serta mengafani kepalanya kerana dia ingin melihat wajahnya sendiri, anak-anak, isteri atau suami buat kali terakhir kerana tidak dapat melihatnya lagi sampai Hari Kiamat.

Sesudah mayat diletakkan pada pengusung, sekali lagi diserunya kepada jemaah supaya jangan mempercepatkan mayatnya ke kubur selagi belum mendengar suara anak-anak dan sanak saudara buat kali terakhir.

Sesudah dibawa dan melangkah sebanyak tiga langkah dari rumah, roh pula berpesan:

" Wahai Kekasihku, wahai saudaraku dan wahai anak-anakku, jangan kamu diperdaya dunia sebagaimana ia memperdayakan aku dan janganlah kamu lalai ketika ini sebagaimana ia melalaikan aku. Sesungguhnya aku tinggalkan apa yang aku telah aku kumpulkan untuk warisku dan sedikitpun mereka tidak mahu menanggung kesalahanku. Adapun didunia, Allah menghisab aku, padahal kamu berasa senang dengan keduniaan. Dan mereka juga tidak mahu mendoakan aku".


Ada satu riwayat drpd Abi Qalabah mengenai mimpi beliau yang melihat kubur pecah. Lalu mayat-mayat itu keluar dari duduk di tepi kubur masing-masing. Bagaimanapun tidak seorang pun ada tanda-tanda memperolehi nur di muka mereka. Dalam mimpi itu, Abi Qalabah dapat melihat jirannya juga dalam keadaan yang sama. Lalu dia bertanya kepada mayat jirannya mengenai ketiadaan nur itu. Maka mayat itu menjawab: "Sesungguhnya bagi mereka yang memperolehi nur adalah kerana petunjuk drpd anak-anak dan teman-teman. Sebaliknya aku mempunyai anak-anak yang tidak soleh dan tidak pernah mendoakan aku".

Setelah mendengar jawapan mayat itu, Abi Qalabah pun terjaga. Pada malam itu juga dia memanggil anak jirannya dan menceritakan apa yang dilihatnya dalam mimpi mengenai bapa mereka. Mendengar keadaan itu, anak-anak jiran itu berjanji di hadapan Abi Qalabah akan mendoa dan bersedekah untuk bapanya. Seterusnya tidak lama selepas itu, Abi Qalabah sekali lagi bermimpi melihat jirannya. Bagaimanapun kali ini jirannya sudah ada nur dimukanya dan kelihatan lebih terang daripada matahari.


Baginda Rasullullah S.A.W berkata: Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai kelutut. Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar.Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu."

Sambung Rasullullah S.A.W. lagi: "Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibrail A.S. akan menebarkan sayapnya yang di sebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di syurga. Apabila orang yang beriman itu melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada di sekelilinginya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan melihat terus pandangannya kepada sayap Jibrail A.S. "Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail A.S. akan menebarkan sayap di sebelah kiri. Maka orang yang nazak tu dapat melihat kedudukannya di neraka dan dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat orang di sekelilinginya. Ini adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya.

Abu Bakar R.A. telah ditanya tentang kemana roh pergi setelah ia keluar dari jasad. Maka berkata Abu Bakar R.A:
"Roh itu menuju ketujuh tempat:-

1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.
2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus.
3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.
4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung di syurga mengikut kehendak mereka.
5. Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.
6. Roh anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik.
7. Roh orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin,mereka diseksa berserta jasadnya hingga sampai hari Kiamat."


Telah bersabda Rasullullah S.A.W:
Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya:-

1. Orang-orang yang mati syahid.
2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan.
3. Orang berpuasa di hari Arafah.


Sekian untuk ingatan kita bersama..

Sunday, March 16, 2008

Menanti di Barzakh by Far East

Ku merintih aku menangis
Ku meratap aku mengharap
Ku meminta dihidupkan semula
Agar dapat kembali ke dunia nyata

Perjalanan roh ku melengkapi sebuah kembara
Singgah di rahim bonda sebelum menjejak ke dunia
Menanti di barzakh sebelum berangkat ke masyar
Diperhitung amalan penentu syurga atau sebaliknya

Tanah yang basah berwarna merah
Semerah mawar dan juga rindu
7 langkah pun baru berlalu
Seusai talkin bernada syahdu
Tenang dan damai di pusaraku
Nisan batu menjadi tugu
Namun tak siapa pun tahu resah penantianku

Terbangkitnya aku dari sebuah kematian
Seakan ku dengari tangis mereka yang ku tinggalkan
Kehidupan di sini bukan satu khayalan
Tetapi ia sebenar kejadian

Kembali roh kembali kembalilah ke dalam diri
Sendirian sendiri sendiri bertemankan sepi
Hanya kain putih yang membaluti tubuhku
Terbujur dan kaku jasad di dalam keranda kayu

Ajal yang datang dimuka pintu
Tiada siapa yang memberitahu
Tiada siapa pun dapat hindari
Tiada siapa yang terkecuali
Lemah jemari nafas terhenti
Tidak tergambar sakitnya mati
Cukup sekali tak sanggup untukku mengulangi

Jantung berdegup kencang menantikan malaikat datang
Menggigil ketakutan gelap pekat di pandangan
Selama ini diceritakan kini aku merasakan
Di alam barzakh jasad dikebumikan

Ku merintih aku menangis
Ku meratap aku mengharap
Ku meminta dihidupkan semula
Agar dapat kembali ke dunia nyata

p/s: Dengarkan lagu nie..moga ada manfaat

Friday, March 14, 2008

Wanna b'happy..??? Create it..

The condition at waking
is a reflection of the thought pattern established
in the subconscious mind the night before.

If we go to bed thinking about how bad things are and wondering
how we are able to go through the next day or week, we will awaken
the next day with an unhappy and dreadful state of mind.
But if we go to bed thinking of what we are grateful for
and looking forward to the possibilities we can achieve tomorrow,
we will awaken with energy and focus for the day.
So, let set our mind and smile.. ;)

Tuesday, March 11, 2008

hYdE PaRk..


Sunday, March 2, 2008

C.I.N.T.A

Suci adalah permulaannya

sejak dari mula sepasang asalnya

kejadian Allah begitulah menurut kehendak Nya...

Lihatlah pada alam semesta raya

bukti kasih sayang itu wujud dimana-mana...

Dimana saja kamu memandang

kamu memandang ciptaan yg di cipta atas dasar kasih dan sayang Nya...

DIA yang memandang kamu dengan sayang

lebih dari seorang ibu memandang bayinya...

Kasihnya Allah pada insani

sebagai anak yg paling dimanjai

sebagai kekasih dilepas pergi

moga-moga kita tahu jalan kembali..

Friday, February 29, 2008

Menangis lg..

“Bila kau memandang segalanya dari ALLAH,
yang menimpakan ujian,yang mengujimu dengan kesakitan di hati,
yang menghalang keinginanmu,yang mendugamu dengan kesusahan dan kepayahan,
maka akan tenanglah hatimu kerana masakan DIA sengaja mentakdirkan segala yang
dijadikanNya itu dengan sia-sia, sedangkan ALLAH Maha Mengetahui
betapa deritanya hidupmu , betapa retaknya hatimu , betapa kosongnya jiwamu.
DIA telah tahu bahawa hati-hati yang sebeginilah
yang akan merintih dan mendekatkan diri padaNya.”
( Ibn Taymiah)

Tuesday, February 26, 2008

Pengajaran dari percikan api dunia...




Diriwayatkan bahawa Rasulullah pernah menceritakan betapa asalnya kejadian api di dunia ini. Setelah nabi Adam dihantar ke dunia kerana kesalahannya memakan buah larangan maka Allah swt telah memerintahkan Jibril as supaya mengambil api dari neraka untuk dihantar ke dunia untuk kegunaan Nabi Adam as. Maka Jibril as pun diperintahkan untuk meminta api tersebut daripada malaikat penjaga api neraka iaitu Zabaniah.


Jibril : Wahai Zabaniah. Aku diperintah untuk mengambil sedikit api neraka untuk dihantar ke dunia bagi kegunaan Adam as.
Zabaniah : Sebanyak mana sedikit itu ?
Jibril : Sebesar kurma...
Zabaniah : Kalau sebesar buah kurma api neraka itu engkau bawa nescaya akan cairlah tujuh lapisan langit dan tujuh lapisan bumi akibat kepanasannya.
Jibril : Kalau begitu berilah aku sebesar separuh dari buah kurma...
Zabaniah :
Kalau sebesar separuh buah kurma api neraka ini engkau letakkan di dunia nescaya tidak akan turun walaupun setitik hujan dari langit dan tidak akan ada suatu tumbuhan pun akan tumbuh di bumi nanti..


Memandangkan keadaan yang rumit ini maka Jibril as pun menghadap Allah swt untuk mendapatkan saiz yang perlu dihantar ke dunia. Allah swt pun memerintahkan supaya Jibril mengambil hanya sebesar ZARAH sahaja dari api neraka untuk dibawa ke dunia.


Maka Jibril as pun mengambil api neraka sebesar zarah dari Zabaniah. Tetapi oleh kerana kepanasan yang keterlaluan, api neraka sebesar zarah itu terpaksa disejukkan dengan mencelupnya sebanyak 70 kali ke dalam sungai di syurga dan sabanyak 70 buah sungai pula. Selepas itu Jibril as pun membawa api itu turun ke dunia dan diletakkan diatas sebuah bukit yang tinggi. Sejurus setelah diletakkan tiba-tiba bukit itu terus mencair, maka cepat-cepat Jibril mengambil semula api tersebut dan dihantar semula ke neraka. Hanya sisa-sisanya sajalah yang terdapat di dunia.


Mari kita bayangkan, sedang lava gunung berapi dunia yang kepanasannya hanyalah kepanasan api neraka sebesar zarah yang terpaksa disejukkan dalam 70 buah sungai sebanyak 70 kali dan hanya sisanya saja itu pun manusia tidak dapat bertahan, bagaimana dengan api di neraka itu sendiri.Sedang bahang api kecil yang kita gunakan dan terik mentari itu sendiri kita tak mampu bertahan bagaimana dengan bahang dan terik neraka itu nanti..

Ya Allah tunjukkanlah kami jalan yang lurus dan peliharalah kami dari azab api neraka..
Amin ya rabbal alamin..

Sunday, February 24, 2008

Happy Birthday to my lovely mum..


Today is my mum's birthday..

Semoga mak dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan dikurniakan kesihatan yang berpanjangan.. Mum,i want you to know that you are very special to me..I also want you to know how much I appreciate you..You are my everything...Along sayangkan mak..

p/s: hadiah baru nak pos la mak..hehe ampun ;D

Thursday, February 21, 2008

Only Allah Knows Why..

Seringkali kita mencari-cari hikmah
yang tersembunyi di sebalik setiap apa yg kita lalui..
Namun sebenarnya hanya Allah yang maha mengetahui
hikmah yang hakiki..

Berbaik sangkalah pada Nya..
Bersyukurlah kerna..
Bukankah tiap yang terjadi
adalah ujian dari Nya..
Alangkah beruntungnya diri kerna masih diingati..
Alangkah bertuahnya diri kerna masih dikasihi..
Oleh pencipta yang tidak pernah jemu
Mendengar segala luahan hati..

Wednesday, February 20, 2008

Portobello Market..

Monday, February 18, 2008

Senyumlah...

Abu Yazid Al Busthami seorang pelopor sufi pada suatu hari pernah didatangi seorang lelaki yang wajahnya kusam dan keningnya selalu berkerut.

Dengan murung lelaki itu mengadu,"Tuan Guru, sepanjang hidup saya, rasanya tak pernah lepas saya beribadah kepada Allah.Orang lain sudah lelap, saya masih bermunajat. Isteri saya belum bangun,saya sudah mengaji. Saya juga bukan pemalas dan enggan mencari rezeki.Tetapi mengapa saya selalu malang dan kehidupan saya penuh kesulitan?"

Sang guru menjawab sederhana, "Perbaiki penampilanmu dan ubahlah riak wajah mu. Sesungguhnya Rasulullah SAW adalah penduduk dunia yang miskin jua namun wajahnya tidak pernah keruh dan selalu ceria. Kerna menurut Rasulullah SAW, "Salah satu tanda penghuni neraka ialah ia bermuka masam, yang membuat orang curiga kepadanya"."

Lelaki itu tertunduk. Dia pun berjanji akan memperbaiki penampilannya. Mulai hari itu, wajahnya senantiasa berseri. Setiap kesedihan diterima dengan sabar, tanpa mengeluh. Alhamdullilah sesudah itu ia tak pernah datang lagi untuk berkeluh kesah. Keserasian selalu dijaga. Sikapnya ramah, wajahnya senantiasa mengulum senyum bersahabat dan riak wajahnya berseri.

Tak hairan jika Imam Hasan Al Basri berpendapat, awal keberhasilan suatu pekerjaan adalah riak wajah yang ramah dan penuh senyum.Bahkan Rasulullah SAW jua menegaskan "Senyum adalah sedekah paling murah tetapi paling besar pahalanya".

Jadiii...

"TEBARKANLAH SALAM DN SENYUMLAH"

- Senyum..senyum..dan senyumlah..(untuk ingatan diri).

Saturday, February 16, 2008

......


Sunday, February 10, 2008

Menghindari Penyakit Lupa

Soalan:
Saya mempunyai masalah selalu lalai dan sering terlupa terhadap hal-hal agama dan juga dunia. Sedangkan usia saya masih muda. Bagaimanakah kaedah atau resepi bagi mengatasi masalah lalai dan pelupa ini?


Hamba Allah, Shah Alam
Jawapan:
Umat Islam dituntut untuk melaksanakan segala perintah Allah seperti mengerjakan solat dengan khusyuk (sepenuh jiwa dan raga), membayar zakat, puasa serta perkara-perkara yang fardhu lainnya. Jika segala anjuran dan perintah Allah dijalankan dengan ikhlas, Insya Allah sifat pelupa dan was-was ini akan tersingkir dari diri kita.
Walaupun begitu sesetengah orang alim mengamalkan Asmaul Husna sebagai ubat untuk penyakit pelupa ini. Dengan membaca "Ya Rahman" (Maha Pemurah) sebanyak 100 kali setiap kali selesai solat fardhu maka Insya Allah akan terhindar dr sifat lalai atau lupa.
Wallahu Alam.


Dipetik dari soal jawab agama Darul Nu'man.
Utk dikongsi bersama..

Hmmm..
Kat sini saya nak tambah sikit..
Untuk kita yang masih student hingga akhir hayat ni
Pesanan dan nasihat dari atuk kesayangan..
Berselawat ke atas nabi 100x setiap hari..lepas solat subuh ker..
Sambil tunggu tube ker..sambil jalan nak pergi kelas ker..atau bile2 jer..
Insyaallah akan dipermudahkan segala urusan dan diperkenankan permintaan..
Lagi baik kalau boleh buat lepas tiap solat fardhu kan..
Nak letak kat sini untuk peringatan diri, moga istiqamah..
Dan mungkin juga boleh diambil manfaat oleh teman2..

Saturday, February 9, 2008

Fikirkan..

zwani.com myspace graphic comments

Jika kau fikirkan kau boleh
Kau hampir boleh melakukan
Jika kau fikirkan ragu-ragu
Usahamu tidak menentu

Jika kau fikirkan kekalahan
Kau hampiri kegagalan
Jika kau fikirkan kemenangan
Kau hampiri kejayaan

Engkaulah apa kau fikirkan
Terkandung dalam pemikiran
Berfikir boleh melakukan
Fikirkan boleh

Percaya apa kau lakukan
Tabah apa kau usahakan
Bertindak atas kemampuan
Engkau boleh

Lirik: Fikirkan Boleh


Hari nie start cuti seminggu sempena reading week...Wohaaa..Bye.

Wednesday, February 6, 2008

Dunia??


Allah telah berfirman yang bermaksud:

Dan berilah peringatan kepada manusia bahawa kehidupan di dunia ini ibarat air hujan yang Kami turunkan. Maka dengannya menjadi suburlah tumbuh2an di bumi, kemudian (tumbuh2an itu ) menjadi kering akhirnya, lalu hilang dr pandangan diterbangkan angin”. (Al-Kahfi:45)

Firmannya lg yg bermaksud:

Dan kehidupan di dunia ini hanyalah permainan dan senda gurau sahaja. Sedangkan kampung akhirat itu sesungguhnya adalah lebih baik lagi bagi orang-orang yang bertaqwa. Tidakkah kamu memahaminya?”. (Al-An’am :32)

Sementara Rasulullah SAW juga telah memberi perumpamaan dunia dan akhirat adalah sepeti dalam sabdanya yang bermaksud:

Sesungguhnya perbandingan antara dunia dan akhirat adalah seperti org yang memasukkan jarinya ke dalam lautan besar lalu mengeluarkan semula dan perhatikanlah air yang melekat dijarinya itulah nikmat dunia, manakala yang masih tertinggal itulah nikmat di syurga”. (H.R Muslim)



Hmm..

Masihkah lagi aku mengejar nikmat dunia???
Masihkah lagi kita wahai teman2 mengejar nikmat dunia???
Sedangkan semuanya telah terang dan nyata..
Betapa nikmat yg kita kejar selama ini hanya sedikit cuma..
Dibandingkan nikmat di akhirat sana..

Sedarlah duhai diri..
Sedarlah duhai teman..
Dunia usang ini boleh jadi jambatan kita utk ke syurga..
Juga jambatan kita utk ke neraka..
Hanya kita penentunya..

Tuesday, February 5, 2008

MSc atau PHd ???

Ya Allah..
Bantulah aku
Sungguh aku keliru
Aku takut ya Allah..
Aku takut tersilap dalam membuat pilihan..
Aku takut tersilap dalam memilih jalan..
Aku takut langkah ku pincang..
Ya Allah..
Pimpin dan bimbinglah aku
Tunjukkan yang terbaik untuk ku
Kurniakan ilham dan petunjuk yang baik untuk ku
Dan permudahkn segala urusan ku mengejar cita-cita ku..
Hanya pada Mu Ya Allah hamba Mu merayu..
Amin Ya Rabbal Alamin.

Monday, February 4, 2008

Rapuh..

Detik waktu terus berjalan
Berhias gelap dan terang
Suka dan duka tangis dan tawa
Tergores bagai lukisan

Seribu mimpi berjuta sepi
Hadir bagai teman sejati
Di antara lelahnya jiwa
Dalam resah dan air mata
Kupersembahkan kepada Mu
Yang terindah dalam hidup

Meski ku rapuh dalam langkah
Kadang tak setia kepada Mu
Namun cinta dalam jiwa
Hanyalah pada Mu

Maafkanlah bila hati
Tak sempurna mencintai Mu

Dalam dadaku harap hanya
Diri Mu yang bertahta

Detik waktu terus berlalu
Semua berakhir pada Mu..

Lirik Kump: Opic

Sunday, February 3, 2008

Tetapkan Hatiku Tuhan..


“Ya Allah yang memiliki segalanya,
andai diri ini bakal menyimpang dari landasan Mu Ya Allah..
maka Kau ambillah diri ini ketika masih berada dalam nikmat Islam…
andai diri ini suatu hari nanti ditakdirkan mungkin berpaling dari ajaran sebenar...
maka hamba Mu ini memohon agar
Kau jemput hati ini ketika masih mentauhidkan Mu Ya Allah..
dan kau kekalkanlah nikmat islam dan iman dalam sanubariku..
sehingga ke hembusan nafasku yang terakhir…”
aminn ya rabbal alamin..

Wednesday, January 30, 2008

Ampunkan dosa anakanda..



Mak abah..
Along minta maaf atas segala tinggah laku along
yg mengguris hati mak dn abah selama ini..
Along minta maaf kerna sering tak mendengar kata..
Along minta maaf kerna pernah meninggikan suara..
Along minta maaf kerna pernah melukakan hati mak abah..
Along tak bermaksud buat macam tu..
Along sayangkan mak abah..

Mak abah..
Along minta ampun dan maaf..
Along pohonkan redha dari mak abah..
Along dambakan restu dan doa..
Untuk along berjaya..
Along sayangkan mak abah..

Ya Allah ya tuhanku..
Rendahkanlah suaraku bagi mereka..
Perindahlah ucapanku di hadapan mereka..
Lunakkanlah watakku terhadap mereka dan
Lembutkan hatiku untuk mereka..

Ya Allah..
Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya
Atas didikan mereka padaku dan pahala yang besar
Atas kasih sayang yang mereka limpahkan padaku
Peliharalah mereka sebagaimana mereka memeliharaku..

Ya Allah..
Apa saja yang telah mereka rasakan..
Kesusahan yang mereka deritakan kerana aku..
Atau hilangnya sesuatu hak mereka kerana perbuatanku..
Jadikanlah itu semua penyebab susutnya dosa mereka
Dan bertambahnya pahala kebaikan mereka
Dengan perkenan Mu ya Allah..

Ya Allah..
Sesungguhnya Engkaulah Yang memiliki Kurnia Maha Agung
Yang Maha Pengasih diantara semua pengasih..
Serta anugerah yang tak berakhir
Perkenankanlah permintaan ku..

Amin Ya Rabbal Alamin..

Monday, January 28, 2008

Satu Penerbangan..

Detik keberangkatan kita dari alam ini ibarat penerbangan ke sebuah negara....
  • Di mana maklumat tentangnya bkn online ttapi melalui Al Quran.
  • Di mana penerbangan bkn melalui MAS tetapi Al Jenazah.
  • Di mana bag bkn 25 kg ttapi amalan yg tiada caj lebihan berat.
  • Di mana bajunya bkn Pierre Cardin tetapi kain putih cotton.
  • Di mana wangiannya bkn Channel tetapi air mawar dan cendana.
  • Di mana destinasinya bkn KLIA tetapi tanah perkuburan.
  • Di mana ruang mnungggu tdk beraircond ttapi blk 6 kaki dlm gelita.
  • Di mana passport kita bukan Malaysia atau British tetapi Islam.
  • Di mana visa kita bukan lagi sekadar 6 bulan tetapi Lailahaillallah.
  • Di mana pelayannya bukan pramugari jelita tetapi Izrail.
  • Di mana layanannya bukan lagi kelas business atau ekonomi.
  • Di mana pegawai imigresennya Munkar & Nakir.
  • Di mana tidak perlu pegawai kastam dan alat pengesan.
  • Di mana lapangan terbang transit adalah Al Barzakh.
  • Di mana destinasi terakhir adalah Syurga atau Neraka Jahannam


Penerbangan ini tidaklah dinyatakan nilainya..
Ianya percuma jadi wang simpanan anda tidak akan digunakan.
Penerbangan ini tidak akan dirampas oleh itu tidak perlu bimbang.
Sajian tidak akan disediakan oleh itu tak perlu bimbang masalah halal haram makanan.
Jangan risaukan delays, penerbangan ini sentiasa tepat waktunya,
ia berangkat dan tiba tepat pada masanya.
Jangan bimbang tentang tempahan,
ianya telah siap ditempah sejak anda disenyawakan di dlm rahim ibu.


Ya! Berita Baik!!
Jangan bimbangkan siapa yang duduk di sebelah anda.

Anda adalah satu-satunya penumpang penerbangan ini.
Oleh itu bergembiralah selagi boleh dan sekiranya anda boleh!!
Hanya ingat!! Penerbangan ini datang tanpa 'amaran'.
Cuma perlu ingat! Nama anda telah ditempah untuk penerbangan !!



ADAKAH KITA TELAH BERSEDIA UNTUK BERANGKAT???


p/s:

Hmmm..bersediakah kita wahai sahabat..bimbang bukan..
Bukankah kematian satu perjanjian..
Sudah bersediakah kita???..atau masih menunggu hari esok..
Artikel nie ku petik dari email..
Dan diolah serba sedikit mengikut keadaan..
Juga buat renungan diri dan teman2..

Saturday, January 26, 2008

......


Thanks wan...My Big Happy Family.. :-) ;-)

Wanita Solehah..

Mampukah aku menjadi seperti Siti Khatijah?
Agung cintanya pada Allah dan Rasulullah
Hartanya diperjuangkan ke jalan fisabilillah
Penawar hati kekasih Allah
Susah dan senang rela bersama...

Dapatkah ku didik jiwa seperti Siti Aishah?
Isteri Rasulullah yang bijak
Pendorong kesusahan dan penderitaan
Tiada sukar untuk dilaksanakan...

Mengalir air mataku
Melihat pengorbanan puteri solehah Siti Fatimah
Akur dalam setiap perintah
Taat dengan abuyanya yang sentiasa berjuang
Tiada memiliki harta dunia
Layaklah dia sebagai wanita penghulu syurga...

Ketika aku marah
Inginku intip serpihan sabar
Dari catatan hidup Siti Sarah....

Tabah jiwaku setabah umi Nabi Ismail
Mengendong bayinya yang masih merah
Mencari air penghilang dahaga
Di terik padang pasir merak
Ditinggalkan suami akur tanpa bantah
Pengharapannya hanya pada Allah
Itulah wanita Siti Hajar....

Mampukah aku menjadi wanita solehah?
Mati dalam keunggulan iman
Bersinar indah harum tersebar
Bagai wanginya pusara Masyitah....

Author Unknown
Mampukah aku...sedang diri sering terleka...

......


Thanks usopp..jasamu dikenang.. ;-)

Keinsafan..


Sayup terdengar hujan mencurah ke bumi
Kini terasa memecah kesunyian malam
Dan aku di sini sendiri dibaluti resah
Dibayangi sesal yang tak sudah

Renung langit sepi tiada purnama
Di dalam kelam ku lihat bayangku sendiri
Terpaku membisu tanpa suara dan segala
Apa petanda...apa rahsia

Oh Tuhanku Yang Maha Esa
Maha Penyayang Maha Pemurah
Andainya malam yang begini
Memberi pengertian untukku
Mencari hidayahmu...

Maka kutadahkan setulus
Pengampunan dan pengharapan
Untuk aku menebus dosa-dosa semalam
Cukup setakat ini...aku merasa
Terasing terhukum dalam sengsara
Balasan dari kehancuran
Yang aku ciptakan

Dan kini ku mengerti
Antara dosa pahala
Yang mana lebih utama
Dalam meniti kehidupan dan hari kematian

Andai malam ini satu peringatan
Bersyukurku pada Illahi
Andai malam ini satu kesudahan
Ku pintakan... satu pengaduan
Untukku menyudahkan kalimah
Terakhir...

Lirik Kump:Krabat
Buat Renungan...


Friday, January 25, 2008

Sedang lebah juga berzikir..

Jadilah seumpama lebah..
merayau mencari debunga yg TERBAIK,
menghasilkan madu yg MANIS di sarang,
untuk MENFAAT makhluk yg lain..
Jadilah seumpama lebah..
teguh BERSATU didalam sarang,
tidak pernah gentar biarpun kecil,
sedang dengungannye hanyalah ZIKIR,

"Dan tetap tekunlah engkau memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu mendatangkan faedah kepada orang-orang yang beriman." (Surah Adz-Dzariyat, ayat 55)

Thursday, January 24, 2008

Saat aku jatuh cinta..

Allahu Rabbi..

Ku pinta izin Mu

Jika suatu saat aku jatuh cinta

Jangan biarkan cinta ku untuk Mu berkurang

Hingga membuat aku lalai akan adanya Engkau


Allahu Rabbi..

Ku pinta restu Mu

Jika suatu saat aku jatuh cinta

Penuhilah jua hatiku dengan bilangan cinta Mu

Biar cinta ku pada Mu tetap utuh


Allahu Rabbi..

Jika suatu saat aku jatuh cinta

Pilihkan untukku seseorang yang hatinya penuh dengan kasih Mu

Agar aku semakin mengagumi Mu


Allahu Rabbi..

Bila suatu saat aku jatuh hati

Pertemukanlah kami dalam redha Mu

Berilah kami kesempatan untuk lebih mendekati cinta Mu


Allahu Rabbi..

Pinta ku yang terakhir

Seandainya aku telah jatuh hati

Jangan Kau palingkan wajah Mu dari ku

Ku ingin terus berada dlm cinta Mu

Cinta yang tak pernah pupus oleh waktu..

Tuesday, January 22, 2008

Keluarga Yg Dirindu...

Cintailah Allah..

Menurut Ibnu Qayyim, ada 10 perkara yang menyebabkan seseorg mencintai Allah SWT:

1. Membaca Al-Quran dan memahaminya dengan baik.
2. Mendekatkan diri kepada Allah dengan solat sunat sesudah solat wajib.
3. Selalu menyebut & berzikir dlm segala keadaan dengan hati, lisan & perbuatan.
4. Mengutamakan kehendak Allah di saat ia berlawanan dengan kehendak nafsu.
5. Menanamkan dalam hati Asma’ul Husna & sifat2nya serta memahami maknanya.
6. Memperhatikan kurnia dan kebaikan Allah kepada kita.
7. Menundukkan hati dan diri ke pangkuan Allah.
8. Menyendiri bermunajat di waktu malam ketika orang sedang nyenyak tidur.
9. Bergaul bersama orang-orang soleh, mengambil hikmah dan ilmu dari mereka.
10. Menjauhkan sebab-sebab yang dapat menjauhkan kita daripada Allah.


Dari Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda; “Pada hari kiamat Allah berfirman: Dimanakah orang-orang yang saling mencintai kerana keagunganKu? Pada hari yang tiada naungan selain naunganKu ini,akan Aku menaungi mereka dengan naunganKu“. HR. Muslim

Ya Allah, kurniakanlah kepada kami cinta terhadapMu dan cinta kepada mereka yang mencintaiMu dan apa sahaja yang mendekatkan kami kepada cintaMu, dan jadikanlah cintaMu itu lebih berharga bagi kami daripada air yang sejuk bagi orang yang dahaga


Bertanyalah pada diri kita wahai sahabat..

1. Sejauhmana kt sedar hanya cintaNya yang hakiki dan sejati dalam hidup ini?
2. Sejauhmana kt mengenal asma’Nya, sifat2Nya, kehendak & laranganNya?
3. Seringkah kt mengingatiNya, menyebut namaNya melalui zikir-zikir yang panjang?
4. Seringkah kt mendekatkan diri kepadaNya dengan solat serta ibadah2 lainnya?
5. Seringkah kt merintih, mengadu dan mengharap kepada-Nya melalui untaian doa?
6. Sudahkah kt mengikuti kehendakNya dan menjauhi larangan-laranganNya?
7. Apakah kt mencintai seseorang keranaNya atau kerana dorongan nafsu?

Ku berpesan pada diri ku sendiri & buat teman-teman..

" Ingatlah, dunia ini cumalah pentas percubaan & tempat persinggahan..Renungkan"

Monday, January 21, 2008

Thursday, January 10, 2008

Salam Maal Hijrah..

SALAM MAAH HIJRAH 1429
syukur ke hadrat Mu..
kerna hamba Mu masih lagi bernafas di bumi ini..
moga hari ini lebih baik dari smlm..
tahun ni..
lebih baik dari tahun lps..

Ya ALLAH Ya Tuhanku..
Baguskanlah utkku agamaku..
Kerana ia pengawas seluruh urusanku..
Perbaikilah utkku duniaku..
Yg di sana adalah kehidupanku..
Sempurnakanlah utkku akhiratku..
Kerana ke sanalah tmpt kembaliku..
Jadikanlah hidupku..
Sebagai penambah kebaikan
Dan jadikanlah matiku..
Sebagai istirehat daripada segala kejahatan…..

YA ALLAH..Sesungguhnya ku memohon pada Engkau akan sebaik-baik permintaan dan sebaik-baik doa, sebaik-baik kejayaan,sebaik-baik amalan dan sebaik-baik hidup serta sebaik-baik mati…( H.R. Ar Tabarani)

Tuesday, January 8, 2008

Thursday, January 3, 2008

Sahabat vs Cinta

Satu hari CINTA dan SAHABAT berjalan-jalan dalam kampung.
Tiba-tiba CINTA terjatuh dalam telaga.
Kenapa??
kerana CINTA ITU BUTA.
Lalu SAHABAT pun ikut terjun dalam telaga.
Kenapa??
kerana SAHABAT akan buat apa sahaja demi CINTA.
Di dalam telaga..CINTA hilang.
Kenapa??
kerana CINTA itu halus, mudah hilang kalau tak dijaga, sukar dicari apatah lagi dalam telaga yang gelap..
sedangkan SAHABAT masih lagi tercari-cari di mana CINTA dan terus menunggu.
Kenapa??
kerana SAHABAT ITU SEJATI dan akan kekal sebagai SAHABAT yang setia.

Wahai Allah Maha Pengasih, jika sahabatku jatuh cinta, benihkan cintanya pada seseorang yang melebihkan cinta kepadaMu agar bertambah kekuatannya untuk mencintaiMu. Wahai Maha Penyayang, jika sahabatku rindu, rindukanlah dia kepada seseorang yang merindui syahid di jalanMu. Wahai Maha Penyayang, jika sahabatku rindu, jagalah rindunya kepadaMu agar sahabatku tidak lalai merindui syurgaMu..(^_^) Insyaallah..